Jauh Berjalan Luas Pandangan

About Me

Kami adalah insan biasa yang sekali sekala diberi peluang oleh majikan untuk berjalan di luar pejabat. Tidak kiralah samada jauh atau dekat. dalam atau luar negara. Itulah pengembaraan kami. Kami percaya anda juga begitu. Rekabentuk Travello Blog ini dilakukan oleh ChiQ Montes, kami hanya menggunakannya sahaja.

About TravelloBlog

Blog Kembara atau Travelog ini disediakan untuk sesiapa sahaja yang meminati pengembaraan dan ingin merakamkan pengalaman mereka untuk dikongsi bersama. Kita semua adalah pengembara. dari kecil hingga dewasa. dari sana ke sini. dari semalam hingga hari ini. Jom mengembara untuk mencari keredaanNya.

Nantikan ketibaannya !

Travelog Jepun

travelog jepun

Saya akan ke Jepun kerana urusan rasmi. Dalam kesempatan ini, saya akan singgah di Okinawa, iaiatu tempat saya mengaji pada tahun 1989 dan 1999 untuk mengembalikan nostalgia. Mengambil gambar sekeping dua dan bertemu rakan-rakan lama (jika masih ada). Sebahagiannya adalah untuk projek buku saya Travelog Jepun: Sedesawarsa Bersama JICA di Okinawa.

TRAVELOG HAJI

Buku ini amat popular sekali. Tahniah kepada penulisnya, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

Travelog Haji

Buku ini diterbitkan tepat pada masanya, di mana sekarang ialah musim haji.

Kembara Mengelilingi Dunia

Dengan izinNya, saya akan meninggalkan KLIA 3.9.07 pada jam 9:40am menuju Taipe. Dari situ saya akan ke Los Angeles (LA). Penerbangan ini mengambil masa  18 jam. Saya dijangka akan tiba di LA pada jam 12:55pm pada hari yang sama.

[Macamana soal solat akan diusahakan?]

Pada jam 3:20pm saya akan bertolak dari LA ke Boston. Penerbangan 5.5 jam ini dijangka akan tiba di Boston pada jam 11:45 tengan malam pada hari yang sama.

Pada 4 & 5 Sept akan hadiri mesyuarat CIO sedunia dan 6.9.07 akan bertolak dari Boston ke New York sebelum menyambung perjalanan pulang ke Malaysia.

Dari New York saya akan singgah di Stockholm sebelum tiba di KLIA.

Pengembaraan Ibn Battuta Musafir Islam

ibn batuta

Buku Travelogue terkini:

Judul : Pengembaraan Ibn Battuta Musafir Islam
Pengarang : Ross E. Dunn
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 380  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9831002598

Ibn Battuta telah disanjung sebagai musafir terbesar. Selama perjalanannya yang merentang hampir tiga puluh tahun, ia telah melintasi Dunia Timur, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu.

Rihla karangan Ibn Battuta adalh tinjauan lengkap tentang tokoh-tokoh, tempat, pemerintahan dan pelbagai keanehan dunia Muslim pada satu per empat kedua abad ke-14, yang ditulis dalam gaya sastera yang lazim pada zamannya. Buku itu juga merupakan sebuah catatan perjalanan yang dramatis.

Sejak itu, terjemahan karya tulis tersebut, yang kesemuanya dipersiapkan berdasarkan teks cetakan karya Defremery dan Sanguinetti, telah diterbitkan dalam perbagai bahasa, termasuk bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungary, Parsi, dan Jepun. Pada 1929 Sir Hamilton Gibb memendekkan terjemahan bahasa Inggerisnya dan mulai membuat edisi yang yang lengkap di bawah naungan Hakluyt Soceity. Bahagian terakhir daripada empat jilid itu masih dalam persiapan. Tetapi, terjemahan bahasa Inggerisnya tentang pelbagai bahagian Rihla muncul pada abad lalu sebagai buku atau sebahagian karangan dalam bentuk antologi dan majalah-majalah ilmiah.
Terjemahan Rihla begitu banyak, lengkap dengan komentar kritis tentang Ibn Battuta an riwayat pekerjaannya yang sudah berkembang sejak abad ke-18. Semua ini merupakan sunbangan yang luar biasa nilainya, suatu sumber sejarah tentang Dunia Timur yang sudah berpenghuni sejak seperempat terakhir abad ke-14. Buku ini dikutip dan disebutkan dalam ratusan karya tulis sejarah, bukan sahaja tentang hal yang ada hubungannya dengan negeri-negeri Islam, tetapi dengan China, dan empayar Byzantium.

Kandungan

1 Tangier
2 Maghrib
3 Orang Mamluk
4 Makkah
5 Parsi Dan Iraq
6 Laut Arab
7 Turki
8 Padang Rumput
9 Delhi
10 Malabar Dan Maladewa
11 China
12 Kampung Halaman
13 Mali
14 Rihla

Daftar Kata Asing
Bibliografi
Indeks

Bermalam Di Cafe Internet Di Jepun

[dari Berita Minggu 10 Jun 2007]

 

TOKYO: Istilah kafe internet merujuk kepada premis yang menyediakan perkhidmatan komputer berbayar serta dilengkapi kemudahan capaian internet.

Kebiasaannya pengunjung utama premis itu adalah golongan remaja yang ke sana dengan tujuan melayari dunia maya internet atau mungkin sekadar menghabiskan masa dengan permainan video komputer terbaru.

Walaupun menggunakan istilah kafe, tidak semua tempat seumpama itu menyediakan kemudahan menjual makanan dan minuman kerana kebanyakan premis itu sekadar dilengkapi mesin komputer.

Namun, kebanyakan kafe internet yang wujud di Jepun pada hari ini mempunyai situasi berbeza selain menjalankan operasi 24 jam sehari.

Bukan sekadar dilengkapi komputer dengan capaian internet, ruang kecil yang disediakan kepada pengunjung dilengkapi kemudahan televisyen, minuman ringan percuma, komik serta kerusi baring.

Semua itu untuk memberi keselesaan kepada pengunjungnya yang tidak hanya menghabiskan sejam dua di premis itu, malah turut menjadikan kafe berkenaan sebagai penginapan sementara atau tempat bermalam mereka.

Mereka digelar sebagai ‘pelarian kafe internet’, fenomena yang semakin biasa di negara matahari terbit itu berikutan kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan ada segelintir penduduknya tidak mampu tinggal di rumah tumpangan apa lagi menyewa rumah.

Malah, pakar percaya mereka membentuk strata baru masyarakat Jepun yang miskin serta tidak mampu untuk memiliki rumah.

Rekod Persatuan Kompleks Kafe Jepun mencatatkan ada kria-kira 2,740 kafe internet dan manga kissa (kafe buku komik) di seluruh negara itu sepanjang 2005.

Kajian juga mendapati kira-kira 75 peratus internet kafe dan manga kissa di negara itu menjadi tempat tidur bagi pengunjung tetapnya yang miskin serta tidak mampu menyewa atau enggan pulang ke rumah.

Malah, premis berkenaan juga menyediakan bilik mandi bagi kemudahan pengunjungnya yang bermalam di sana.

Kajian dijalankan persatuan buruh dan pertubuhan bukan kerajaan bulan lalu di 34 kafe internet di 10 wilayah di Jepun juga mendapati 26 daripadanya mempunyai pelanggan tetap yang akan bermalam di sana.

Wilayah terbabit termasuk Tokyo, Miyagi, Saitama, Chiba, Kanagawa, Aichi, Nara, Osaka, dan Fukuoka. Hanya wilayah Hyogo tidak mencatatkan penerimaan pelarian kafe internet.

Bilangan pelarian kafe internet yang semakin meningkat ini turut membimbangkan Kementerian Kesihatan negara itu yang bercadang menjalankan kajian di hampir 1,300 kafe berkenaan di seluruh negara.

Pegawai Jabatan Kebajikan Sosial Kementerian Kesihatan, Tomohiro Uchino, berkata tahun lalu, seramai 13 orang dilaporkan mengidap tuberculosis atau batuk kering di sebuah internet kafe di barat Tokyo yang disyaki kementerian itu berpunca daripada pengunjung kafe terbabit yang tidak berumah.

“Keadaan ini menimbulkan banyak isu membabitkan kesihatan, buruh dan kebajikan. Masalahnya kami tidak mengetahui gambaran sebenar mengenai jumlah penduduk yang tidak berumah dan tinggal di kafe internet ini, bagaimana mereka ke sana atau bagaimana cara kerajaan untuk campur tangan dalam hal ini,” katanya.

Daripada jumlah pelarian yang meningkat ini ia banyak membabitkan golongan remaja yang hanya bergantung hidup dengan kerja sambilan.

Seorang belia di Tokyo yang berusia lingkungan 20-an berkata, beliau tinggal di kafe internet sejak dua tahun lalu kerana desakan hidup.

“Saya bekerja sambilan dalam beberapa jam, tetapi tidak mampu menyewa apartmen kerana pekerjaan yang saya lakukan tidak terjamin. Saya mula bekerja waktu petang dan pulang ke kafe pada enam pagi setiap hari,” kata remaja terbabit.

Bagi Ryo, 30, beliau menjadikan ruang sempit di kafe internet di Ichigo yang dilengkapi televisyen, komputer dan sebuah kerusi sandar sebagai rumahnya.

Selama lima hari dalam seminggu beliau akan bermalam di kafe yang beroperasi 24 jam sehari itu, manakala hujung minggu dihabiskan di rumah seorang rakannya.

Ryo yang pernah belajar di Los Angeles dalam bidang muzik berkata, dengan hanya bekerja sambilan, dia tidak mampu untuk menyewa sebuah apartmen studio kecil dengan kos kurang 100,000 yen (RM2,700) sebulan dan memaksanya tinggal di kafe internet.

Di Ichigo, pengunjung kafe hanya membayar 100 yen (RM2.70) sejam bagi sebuah ruang kecil yang dilengkapi kerusi sandar, komputer dan televisyen selain menerima minuman ringan dengan isian semula dan juga kemudahan untuk mandi.

Dengan bayaran 1,000 hingga 2,000 yen (RM27 hingga RM55) semalam mereka dapat bermalam di kafe terbabit.

Kebanyakan mereka yang menginap di kafe ini mencari pekerjaan secara harian dengan hanya bergantung kepada kemudahan telefon bimbit bagi mendapatkan kerja sambilan. Cara ini lebih digemari mereka kerana tidak memerlukan alamat tetap sekiranya ingin dihubungi majikan.

Makoto Yuasa, ketua pusat sokongan golongan tidak berumah di Tokyo berkata, golongan ini biasanya menerima gaji minimum kerana tidak terlatih tanpa kemudahan keselamatan sosial atau insuran kesihatan.

“Dengan bantuan agensi pekerjaan, mereka menerima panggilan atau e-mel pada waktu malam sebelum diminta bekerja keesokan harinya. Kebanyakan kerja sebagai tukang cuci atau kerja kilang,” katanya.

Bagi Takeshi Yamashita, 26, beliau mula menjadi penginap di kafe internet sejak beberapa bulan lalu selepas hilang kerja tetapnya sehingga tidak mampu membayar sewa apartmen kerana hanya bekerja sambilan sebagai tukang cuci.

Katanya, dia memilih tempat itu kerana lebih murah berbanding bilik hotel selain menyediakan kemudahan akses internet dan majalah komik Manga.

Ditanya berapa lama beliau merancang terus hidup begitu, pemuda itu hanya mampu tersenyum.

“Saya harap keadaan di Jepun akan lebih baik. Kebanyakan generasi baru Jepun tidak mempunyai wang dan mereka juga tidak mempunyai motivasi.

“Saya tidak mempunyai wang, tetapi mempunyai impian,” katanya yang tidak pasti impiannya itu.

“Mungkin mempunyai kerja biasa yang tetap di pejabat,” katanya.

Tokyo mempunyai taraf hidup yang tinggi. Kadar sewa di kota itu biasanya 150,000 yen (RM4,000) sebulan bagi flat moden dengan keluasan 30 meter persegi di tengah pusat bandar. – Agensi

Dengan kadar tinggi itu tidak hairanlah semakin ramai yang tidak mampu menyewa rumah di Jepun dan hanya mampu bermalam di kafe internet.

Ikan Bedukang

Setelah selesai urusan bersama tuan rumah, saya dan rakan sekerja saya meminta izin menggunakan tandas. Kami berada di sebuah rumah di Kampung Air yang terletak di Sandakan.

Waktu saya di tandas saya perhatikan keseluruhan tandas itu diperbuat daripada kayu seperti juga bahagian lain rumah itu. Di tengah-tengah tandas itu dibina lubang tandas menggunakan seramik yang biasa kita dapati di tandas cangkung di kawasan perumahan. Bezanya tandas itu tidak bersambung dengan sistem pembetungan seperti di kawasan perumahan. Kita boleh melihat air laut yang berada di bawah rumah melalui lubang tandas itu.

Hati saya agak bimbang juga menggunakan tandas itu. Terasa seperti saya akan jatuh ke dalam lubang dan tenggelam di laut jika saya tidak berhati-hati. Setelah selesai, kami pun memohon diri untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang rakan saya menggesa agar kami cepat-cepat pulang ke tempat penginapan kami. Saya hairan. Kami sudah merancang hendak merayau-rayau di sekitar kawasan itu. Mengapa sekarang dia mahu lekas pulang pula?

“Saya mahu ke tandas,” jawabnya bila ditanya.

“Bukankah tadi awak sudah ke tandas?” kata saya. Saya tidak mahu pulang cepat. Saya mahu berjalan-jalan dahulu.

“Tadi saya buang air kecil sahaja, sekarang saya mahu buang air besar,” katanya sambil menarik tangan saya supaya berjalan lebih laju.

“Mengapa awak tidak buang air besar semasa ke tandas tadi?” soal saya yang tidak puas hati.

“Saya tidak mahu najis saya dimakan Ikan Bedukang,” katanya.

Berderai ketawa saya mendengar kata-`katanya. Cepat-cepat kami mengatur langkah pulang ke bilik penginapan.

Waktu di rumah pelanggan kami tadi, tuan rumah menceritakan kepada kami tentang Ikan Bedukang. Menurut tuan rumah, ikan itu akan memakan najis yang jatuh ke air daripada tandas rumah yang terletak di Kampung Air itu. Ini kerana sistem perpaipan di kawasan perkampungan itu tidak mempunyai sistem pembetungan. Semuanya akan jatuh ke dalam laut.

 

 

Bunga Raya: Bunga Kebanggaan Jepun

BUNGA RAYA: KEBANGSAAN ATAU KEBANGGAAN?

Bunga Raya

Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus adalah merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Secara kebetulan Okinawa telah memertabatkan bunga Raya adalah bunga kebanggaan mereka.

”Apakah maksudnya bunga kebanggaan?”. Saya bertanya kepada Puan Oshiro, penyelaras kursus kami dengan perasaan ingin tahu yang mendalam.

”Hampir setiap rumah di Okinawa ini ditanam dengan bunga Raya. Ia adalah kebanggaaan kami, penduduk Okinawa. Di sini terdapat lebih daripada 50 hibrid Hsbiscus boleh didapati. Ada agensi khas yang membuat penyelidikan dan pemuliharaan hibrid Hibiscus ini”. Panjang lebar penerangan dari Puan Oshiro.

”Sebenarnya bunga Raya adalah bunga kebangsaan negara saya”. Sengaja saya mengatakannya sekadar untuk makluman. Begitu terasa sekali bunga kebangsaan ini tidak dibanggakan di negara sendiri.

”Oh benarkah begitu?”. Puan Oshiro agak terperanjat dengan fakta tersebut.

”Sudah tentu negara anda dipenuhi dengan bunga Raya. Suatu hari saya ingin ke negara anda untuk melihat kecantikan bunga ini di seluruh negara”. Antara percaya dengan tidak saya mendengar suara Puan Oshiro yang berhasrat untuk melihat bunga Raya di negara saya.

”Bunga kebangsaan sudah tentu dibanggakan. Bunga kebanggaan tidak semestinya bunga kebanggaan”. Sepotong ayat dari Puan Oshiro sebelum dia beredar untuk menghadiri mesyuarat petang.

(petikan Travelogue Jepun)

RINDU BUNGA PUTIH KOSTI

bunga-di-kosti.png

Di mana akan ku cari rindu
Sepurnama di perantauan yang berdebu
Tiada juga ku temui rindumu
Di zarah debu yang halus itu?

Di mana akan ku cari rindu
Setelah ku jelajah di gurun tandus
Tiada jua ku jumpai kasihmu
Di celah-celah pepasir nan bertabur ini?

Di mana akan ku cari rindu semalam
Setelah ku cari ia di kuntum
Bebunga putih di Kosti
Tiada jua kutemui rindumu di sini?

Alang
Kosti, Sudan
8 April 2006.

Nak Solat? Belum Masuk Waktu

“Ergun, saya ingin singgah di Masjid Biru. Nak solat sekejap,” kata saya kepada Ergun. Beliau seorang kakitangan agen di Istanbul bagi syarikat tempat saya bertugas.

“Belum azan lagi tuan. Waktu solat belum masuk tuan,” kata Ergun.

Saya terpegun mendengar kenyataan Ergun, kerana saya tahu azan waktu Zohor sudah berkumandang semasa di pejabat tadi. Hampir dua minit saya memikirkan cara terbaik bagi menerangkan kepada Ergun, kita masih solat walaupun tidak kedengaran azan.

“Ergun, saudara beranggapan kita hanya boleh solat serta-merta selepas azan?” tanya saya.

“Ya, benar tuan. Jika tidak apa guna azan dilaungkan?” jawab Ergun.

“Tetapi saya masih boleh solat biar pun azan sudah lama dilaungkan. Cuma untuk waktu Maghrib dan Subuh saya mesti solat segera selepas azan,” terang saya.

Begitulah hakikat kebanyakan warga Turki. Di tanah air orang yang tidak solat pun maklum tentang keharusan solat dilakukan walaupun sudah lama selepas azan dilaungkan. (Petikan Travelogue Istanbul)

XHTML RSS